Sejarah Carta Album Circle

Album Gaon Chart telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada Gaon Chart pada bulan Februari 2010 oleh Persatuan Kandungan Muzik Korea dan Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan.[2]

Pada Februari 2011, Gaon Chart menyiarkan maklumat berkenaan jualan album tahun 2010 secara dalam dan luar talian termasuklah perincian mendalam data carta dalam talian. Ia adalah pertama kali jualan album luar talian dilancarkan sejak tahun 2008 selepas pihak Persatuan Industri Muzik Korea berhenti daripada menyusun data.[3]

Pada Julai 2022, Gaon Chart telah dijenamakan semula sebagai Circle Chart dengan perubahan dalam carta album yang juga akan menyediakan data jualan album fizikal mingguan selain data jualan bulanan dan tahunan.[1]